Kerjaya kelab Adil Aouchiche

Seorang pemain lepasan akademi Paris Saint-Germain, Aouchiche melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan utama PSG pada 30 Ogos 2019 dalam aksi liga menewaskan Metz 2-0. Beliau beraksi sebagai kesebelasan utama pasukan dan beraksi sehingga 65 minit permainan sebelum ditukarkan dengan Leandro Paredes.[3] Beliau menjaringkan gol sulungnya pada 5 Januari 2020 dalam aksi Coupe de France menundukkan Linas-Montlhéry 6-0.[4] Jaringan itu meletakkan beliau sebagai pemain kedua termuda PSG yang menjaringkan gol dalam kejohanan rasmi di belakang Bartholomew Ogbeche.[5] Beliau melakukan penampilan ketiganya untuk PSG sebagai pemain gantian dalam aksi Coupe de France menentang Dijon yang berakhir dengan kemenangan 6-1.[6]

Pada 29 Mei 2020, Aouchiche telah menjalani ujian kesihatan bersama Saint-Étienne untuk melengkapkan perpindahan secara percuma menuju ke kelab itu.[7] Pada 15 Jun 2020, Aouchiche telah dicalonkan ke dalam Anugerah Golden Boy dengan menjadi salah seorang daripada tiga pemain PSG yang termasuk ke dalam senarai anugerah itu.[8]

Rujukan

WikiPedia: Adil Aouchiche http://www.soccerway.com/players/571822/ http://en.uefa.com/teamsandplayers/players/player=... https://bleacherreport.com/game/dijon-fco-vs-paris... https://www.fifa.com/u17worldcup/news/brazilians-h... https://www.getfootballnewsfrance.com/2020/2020-go... https://www.goal.com/en/news/arsenal-linked-aouchi... https://www.ligue1.com/Articles/NEWS/2020/04/30/ps... https://www.observalgerie.com/international/france... https://int.soccerway.com/matches/2020/01/05/franc... https://us.soccerway.com/matches/2019/08/30/france...